Qurnia here. I am 20 years old. Bakal jurutera tapi belajar tak habis lagi. Ikhlas mencintai kekasih hati saya :

ALEME ALEM HAMZAH




.mencuba yang terbaik.

welcome may.

rasa kejap ja dah nak habis belajar. nak tinggalkan tu memang sayang. mana taknya, kenangan yang tercipta banyak sangat. tak kisah la pahit atau manis. tu semua kan realiti kehidupan. mungkin orang salah membuat tanggapan. tapi ingatlah, semakin hari semakin dewasa dan boleh berfikiran terbuka. tamat zaman persekolahan, akan sambung zaman alam universiti atau kolej. lain situasinya. dan aku akan melangkah ke alam pekerjaan tak lama lagi. apa rasa hati? sangat teruja mencuba yang baru. tapi mungkin sayang meninggalkan yang ada.

satu kemaafan mungkin boleh diberi. tapi apa pulak kalau berjuta kemaafan? lumrah manusia tak boleh menerima hakikat dunia. namun, ingatlah. Allah sentiasa ampunkan hamba-hambanya. apatah pulak manusia biasa macam kita. dan kerana itu, aku memaafkan semuanya. mungkin hati tidak seikhlas untuk lupakan semuanya. sekurang-kurangnya mencuba memaafkan seseorang atau orang yang menyakiti kita. dan maafkan aku andainya aku membuat kesilapan yang tak aku sedar selama ini.

kalau duduk saja-saja, pernah ka terfikir dan merenung masa depan? kemana hendak dituju dan harus dituju.  setiap manusia mahukan hidup yang terlalu sempurna. sedangkan Allah janjikan kita hidup yang sempurna. manusia, mahu saja yang lebih. dan aku selalu impikan hidup yang sempurna untuk membahagiakan kedua ibu bapa aku. adik-adik dan hati sendiri. tak lupa jugak buat insan yang aku sayangi. mungkin orang taktahu, betapa kita sayangkan dia. tapi ingatlah, aku sentiasa mengasihi sesiapa yang mengasihi aku.

kalau bercakap tentang impian. memang akulah orang yang selalu menceritakan apa yang aku impikan dalam hidup aku. bukan untuk ditunjuk-tunjuk. tapi itu hanya impian. biar mimpi kita sampai bintang. kalau tak sampai bintang, sampai langit pun dah cukup. dan aku tak perlukan orang lain untuk dengar impian aku. cukuplah hati aku sendiri dan kekasih hati. mungkin aku gadis yang selalu impikan sesuatu yang indah. tapi aku percaya, tak semua apa yang kita nak jadi kenyataan.

untuk setakat ini saja. dan doakan kejayaan dan kebahagiaan aku. sebelum labuhkan tirai aku nak bagitau sikit. informasi? oh tak tahu lah apa. tapi ayat ni sangat sempurna.

* Dalam kehidupan kita mempunyai dua pilihan, iaitu memilih atau dipilih. Jika kita dipilih  untuk memilih, maka pilihlah yang terbaik untuk diri kita, dan jika kita dipilih, maka jadilah yang terbaik buat dirinya.

mungkin kita bukan manusia sempurna seperti Nabi Muhammad. tapi sekurang-kurangnya kita jadi yang terbaik. sikap kita, bukan kekal abadi dalam diri. bergantung kepada manusia samada mahu berubah ataupun tidak. yang baik boleh jadi buruk. yang buruk boleh jadi baik. nasihat ni untuk diri sendiri jugak. apapun dugaan yang Allah bagi, ingatlah. Allah takkan uji hambanya diluar kemampuan hambanya itu. maka, jika kita diuji dengan dugaan yang sangat kuat, percayalah kerana Allah tahu kekuatan kita :')

Selamat membaca dan beramal :) Sekian dari- QURNIA.