Qurnia here. I am 20 years old. Bakal jurutera tapi belajar tak habis lagi. Ikhlas mencintai kekasih hati saya :

ALEME ALEM HAMZAH




ANDAI TUBUH INI BONEKA


Sang pecinta.

gua nak story sikit pasal blog member gua sorang ni. lepas gua stalker dia punya blog, gua agak berminat baca entry dia yang bertajuk SETIAKAH ANDA. bukan salah gua ye capital besar gitu. saja gua nak cite sikit la pasal bab setia metia ni. gua agak berminat nak tanya setiap orang yang couple. setia ka korang dengan pasangan korang?

gua rasa betul and setuju dengan pendapat member gua. gua benci sangat bila pasangan yang curang and tak setia dengan pasangan masin-masing. asal yang nak curang sangat? tak cukup ke hapa pasangan korang layan korang? jaga korang? sayang korang? kesian doe kat pasangan korang. kena tipu hidup-hidup.

gua malas nak cakap apa. gua tau and now gua dah rasa. gua sedih gila. gua diperbodohkan dan gua dah membodohkan diri gua sendiri. tapi gua relax jea. boleh lagi layan flow kisah cinta ni. gua bukan memaafkan sesenang hati. tapi gua tengah cari kekuatan mana gua nak maafkan dia.

kalau gua frust mana pun, sorang pun takkan faham macam mana gua rasa. kalau both of you suka sama suka cinta sama cinta sayang sama sayang go on je la. gua tau macam mana gua nak cari kebahagiaan gua balik. lagi pun, dia yang dah buang jauh hati gua. sedangkan, gua jaga hati yang dia penah bagi kat gua suatu ketika dulu. cewahh ayat berbunga dok?

yang gua bengang sangat tu. boleh pulak si gegirl ni melayan sangat dah tau tu balak gua. haha so sweet doh. dah dah gua malas cakap apa. at least gua dah tau. gua tau, Allah tu maha adil. mungkin Allah tanak gua ni diperbodohkan lagi. gua nak cakap sikit la, tolong sangat, jangan memperbodohkan diri sendiri untuk orang lain.

kata nak mainkan perempuan? tak da heart feeling dah? kalau perempuan lain gua percaya memang dah gerak lama dah. tapi korang tau kenapa gua stay? sebab gua still sayang dia. tapi gua pikir, kalau dia pun sayang gua macam mana gua sayang dia gila tahap dewa, kenapa dia curang? sayang kau tu tak macam gua sayang kau. gua bukan tak takut hilang dia. gua sayang and sure gua takut.

mampu ka gua hidup tanpa dia? alamat memang tak lah jawapan dia. gua dah penat la. sumpah gua penat and gua dah takda idea lagi macam mana nak dapatkan kepercayaan tu lagi. fikirla bila orang percaya kau, then dikhianati. perghh sakit doh! macam pisau dok tikam-tikam dada gua. dah hancur lebur dah pun. kesian gile hati gua. relax nia, sabar. Allah tengah uji hambanya.

sekarang gua diam. gua layan je. tapi jangan ingat, gua senang lupa apa yang dia dah buat kat gua. kalau dulu memang senang gua nak maafkan. kau sendiri cakap kalau asyik mintak maaf je kat dunia ni, tak payah pakai polis. okay fine so sekarang jangan nak mintak maaf je. kalau kau pun dah sedar salah kau, prove la kat gua. bagi balik kepercayaan tu. tu yang gua harapkan.

jangan la bagi alasan bodoh lagi just nak main-mainkan perempuan lah apa lah. kawan sekolah ke, kawan fb ke kawan apa lagi. gua dah muak doh dengar tu semua. dulu boleh la dia nak kata kat gua. tapi gua dah berubah lama dah. sedih gua kau baru sedar. kalau kau betul nak gua, sayang gua, cinta gua. kau perlu tahu apa yang kau kena buat. susah doh hati gua nak pulih.

gua pi class pun patah semangat ni. alaa, orang tengok gua memang la happy. boleh senyum gelak bagai. tapi orang tak tau hati gua wei. pilu, sedih. sampai gua nangis dah tak da air mata lagi. gua rasa hidup terus kosong. sebab gua rasa. apa yang gua buat sebelum ni, takda makna dekat dia. sedih doh gua. kau boleh propose perempuan tu. bapak hancur hati gua.

bawak bertendang! nia tengah kena uji. alaa relax la kalau ada jodoh kita tak kemana. gua percaya jodoh. kalau ada perempuan lain, just bagitau gua. eyy gua sakit la hidup macam ni. keja makan hati ja. gua tau la muka dia handsome. market sana sini. senyum sikit perghh ramai boleh jatuh hati. tu gua nafikan la. tapi kalau kau bf hanya untuk gua. kau tak kan layan sorang perempuan pun. 

gua bukan nak cakap gua bagus sangat or what. tapi gua sendiri respect diri gua. dapat ke kau, gua setia gile doh. gua boleh je avoid dari lelaki-lelaki yang try nak flirt dengan gua. kenapa kau tak boleh kan. come on lah. mungkin kau tak fikir betul-betul lagi bout us. and i hope, you will ! 

gua malu pun ada. kau chatting dengan diorang semua. yela memang ramai tahu kau dengan gua couple. tapi kau cerita kat diaorang tu, macam gua pulak yang gegeh-gegeh kejar kau. bapak sakit hati jugak la gua time tu. kau suka gua buat cara suka la bhaii. muka market tapi bagi gua hati tu lagi penting doh! fikirla. gua boleh ja try nak bangkit sendiri. walaupun gua dah jatuh dan terlutut dengan cinta yang kau bagi.

gua sedih, nangis selalu. gua suka berangan kalau oneday kita kawin and together forever macam mana kita pernah sembang-sembang dulu. tapi entahlah, angan gua tu dah pergi jauh. jauh sangat. gua sedih doh :'( gua sayang kau. gua tak pernah sesetia macam ni. frust semua. entahlah, hanya Allah ja tau hati gua. gua harap kau berubah :'(

sekarang, berjuanglah andai aku yang kau mahu!

byebye stelker.