Qurnia here. I am 20 years old. Bakal jurutera tapi belajar tak habis lagi. Ikhlas mencintai kekasih hati saya :

ALEME ALEM HAMZAH




LIFE NOT EASIER.

harini gua bangun pagi-pagi macam biasa gua tengok phone. jam tunjuk 8.00am. gua dah terlajak subuh. tu selalu jadi lumrah hidup gua lalu akan khado semula. terus menerus gua call mamat yang gua selalu kejut pagi-pagi pi class. Edward namanya dalam phone gua.

macam biasa 2x call dah angkat. bagus sebab makin lama buat makin tak bengang nak kejut dia. goodjob hubby. then suruh dia mandi pi class. habis gua call terus gua tidor balik. sebab gua takda class. sedap ja gua telan ubat batuk terus tertidur beb!

lagu as long as you love me bunyi! mengejutkan gua!

edward call gua cakap dia tertidur tak sempat pi class tadi. gua tengok jam baru pukul 9.30am. gua terkejut sebab dia tak bangun. errrr tak pe lah nak buat macam mana kan. then gua suruh dia pi class seterusnya pukul 10.00am.

lalu gua terus tidur semula peluk bantak bucuk gua yang wangi tu.

gua terjaga balik pukul 12.30pm untuk lunch dekat dewan makan yang ala-ala sedap sangatlah dia masak. duit takda buat cara duit takda. ikan tongkoi ka. ikan bata ka. masuk mulut sudah.

dalam nak masuk dewan makan, gua ternampak edward gua dah nak bangun letak pinggan, desis dalam hati, cehh! hampeh betul tak text aku pun wish lunch ka hapa. okay fine takpa. aku pun terus takda mood. bengang la jugak.

then habis makan gua diberitahu takda class. rasa best takda class 2 hari berturut-turut. tapi gua takda transport nak kua mana. bapak boring duduk penjara ni. edward gua pulak minggu ni dia busy saja so malas gua nak ganggu dia. 

semalam gua nak kabo gua bengang gila dengan edward gua. kami dua balik ja lepak dari taman. dah sampai depan gate edward gua pi toilet kat dewan tu. phone dia ada kat gua. gua apa lagi mulala operasi checking balak gua punya phone.

ada 4 conversation tak dibaca. gua tengok 3 atas sekali adala nama member balak gua. at last sekali tu nama 'dia sahaja'. darah gua menyirap sampai telinga. dalam hati dok kata betina sial mana pulak la ni.

edward keluar dari toilet then datang kat gua nak amek helmet. gua buat bodoh je dulu. bagi helmet sweater dia. then baru gua tanya ni number sapa. gagap jugak balak jua nak jawab. cuak aku tengok muka dia.

edwrad cakap tu awek member dia. budak semester 1. member dia dok text budak perempuan tu guna phone balak gua. agak macam celake punya perangai la. gua baru dapat tahu. dah lama benda ni dari raya haritu.

kalau tak kantoi semalam memang gua taktau la kan? sampai mampos pun gua takkan tau. lantak kau la wei. baik sangat dengan member kau kan? gua tak penah pulak nak bagi balak member-member gua text gua sebab nak text dengan awek diorang? 

yang si member edward pun 1 masalah. ape ke bingai sangat. pi la beli number naxis tu. berapa ringgit ja. nak sangat text dengan perempuan tu kan? yang nak pi guna balak gua punya number tu pe hal? masalahlah kau ni.

bagi gua. tu sangat bodoh dan sangat membodohkan. lagi pun gua dah WARN budak perempuan tu jangan text number balak gua lagi. edward kalau nak marah gua ka apa. lantak la. kau hak gua. gua tau apa patut gua buat. gua pun dah WARN member edward jangan text perempuan tu lagi guna phone balak gua.

masalahnya gua jelous gua jelous. faham? 

gua ulang gua tak suka ! gua tak suka !

kalau gua buat macam tu. edward sure bengang jugak. gua tak buat lagi. mana boleh dia nak kata dia akan bengang. tapi takpa. dia tak payah risau.

sebab gua guna otak. boleh pikir lagi apa akan jadi kalau gua buat something yang rasa agak bodoh. gua bukan apa. tolong jangan buat gua hilang kepercayaan sudah. sumpah memang gua pecaya balak gua.

gua percaya dia sebab gua tau dia macam mana. dan dia pun tau gua macam mana. gua tak suka nak besar-besar masalah.

jenis perempuan macam gua agak senang. kau nak buat apa pun kau buatlah. asalkan kau bagitau gua dulu. dan tolong pastikan jangan sampai gua dapat tau sendiri apa-apa pun. sebab memang akan teruk!

gua benci kalau orang suka berahsia apa-apa. tak kisah samada kawan-kawan gua ka apa. dengan gua senang runding. pikirlah.

so, harini gua sebenarnya tak habis bengang lagi pasal kemarin tu. tapi lantak kau lah. gua malas la. gua tak suka nak control balak gua apa-apa. tapi ingat. gua tau apa yang dia buat semuanya.

jangan ingat gua taktau apa-apa. sebab kalau gua diam tu. ada la benda yang tak kena. come on lah. 

sorry okay for member balak gua. gua terpaksa WARN. sebab gua tak suka. 

kalau edward rasa gua tak terasa pasal hal kemarin dah dia silap besar. gua sentap toching gila lagi. gua tau dia sibuk. dan sorry sebab gua selalu ganggu dia. tak pa lah, gua try busykan diri gua ni. sebab gua bosan like damn shit.

gua bukan jenis perempuan yang kaki texting dengan sapa pun. gua tak suka buat kerja bodoh macam tu. cukup edward sorang dah buat gua happy. gua sayang gila dekat edward.

tapi mama gua kata. biarlah sayang tu sederhana supaya kita tak sakit sangat bila disakiti. err? kalau cakap macam ni 2,3 bulan gua kenal edward boleh la. ni gua kenal dia pun dah 4 tahun lebih. sudah terlewat ho ho

ish gua nak layan adam dan hawa lah. gua tak tau kenapa. kalau gua tengok movie tu. gua macam dapat satu power yang boleh lawan semua perasaan sedih. hebat cita tu!

untung ain hawani dapat adam mukhriz. gua bukan bangga apa. gua pasti. setiap yang berlaku atas muka bumi ni. ada hikmahnya dihari-hari depan kelak. gua bukan demand tinggi. tapi cukuplah kalau edward tunjuk yang dia setia. jujur dan ikhlas terhadap gua.

alhamdulilah sekarang gua happy dengan edward. gua sayang dia sebab gua percaya. tuhan dah tulis semuanya cerita cinta antara gua dan dia.

tiap hari gua sayang dia. gua rindu dia. dan kalau boleh. gua nak sehidup semati dengan dia. amin. gua harapkan sangat. sebab tuhan dah temukan ramai lelaki dengan gua. tapi dia yang paling istimewa. walau dia tak istimewa dekat mata orang lain.

cukup la dia istimewa dekat mata gua. gua tak suka mana-mana orang cuba nak rosakkan or ruin our relationship. tolong. gua tak nak perempuan lain yang berjaya curi hati edward selain gua yang berjaya.

gua taknak lelaki lain berjaya curi hati gua selain dia. dari hati yang suci ikhlas. gua hanya ada dia. the only one. tiada yang kedua.

edrwad, 26/11/12, 8.50pm :

* Buat kamu yang aku kasihi, percayalah bahawa kita adalah merupakan saksi dan juga bukti bagi kisah percintaan yang terhebat. Aleme.


Qurnia,27/11/12, 3.25pm :

*Buat kamu yang dikasihi, aku percaya bahawa kita adalah saksi dan bukti bagi kisah percintaan yang terhebat ini. Aku menjawab setia sumpahmu. Nia.

gua sayang lu aleme alem hamzah. muah!

sampai sini ja stalker terhebat. chaw!