ya allah, kau berikan aku kekuatan. untuk tempuh hari-hari yang penuh liku. kau berikan aku semangat yang telah hilang. kau berikan aku kekuatan untuk terus tabah hadapi segala ujian yang kau berikan.
jangan kau lemahkan semangat aku. kerana cinta aku masih untuknya. kerana aku masih mencintainya. kau permudahkanlah hubungan kami ya allah. kau satukanlah hati kami ya allah. beri kami jalan yang mudah untuk selesaikan masalah ini.
dalam masa yang sangat sulit ini, aku terlalu sakit ya allah. terlalu perit untuk melalui ujianmu. tetapi aku tetap kuatkan hati dan terus tabah. ya allah, makbulkanlah setiap doaku. hanya padamu aku bermohon.
cinta, kalau hati masih mencintai. masih menyayangi, usah leraikan ikatan yang terjalin. kerana aku masih mencintai. masih menyayangi. cinta, aku merindui. tetapi aku aku simpan dulu apa yang ada. kerana ujian ni terlalu perit.
cinta, jangan kau pergi tinggalkan aku. kerana aku percaya kau masih mencintai.
ya allah, semoga kau permudahkan hubungan ini. amin.
