Qurnia here. I am 20 years old. Bakal jurutera tapi belajar tak habis lagi. Ikhlas mencintai kekasih hati saya :

ALEME ALEM HAMZAH




Why he do this -.-"


 Hi pembaca, nak tahu apa jadi harini ?

Bila cinta tak lagi untukku,
Bila hati tak lagi padaku,
Mengapa harus dia merebut dirimu.

Bila aku tak baik untukmu, 
Dan bila dia bahagia dirimu,
Aku kan pergi mesti hati tak akan rela.



Malam ni, malam yang sangat mendukacitakan, hati dan perasaan aku sakit. Aku benci 2/3/2012 ! Bukan blog luahan hati dan perasaan marah aku ni. Tapi aku taktahu nak lepas cita kat sapa. Dengan bertemankan lagu 'tentang rasa' by astrik, aku mula menaip huruf-huruf kecil dekat laptop.

Sepatutnya harini, aku, aleme, sue dan faris nak hangout ke jusco. Kononnya nak tengok 'adnan sempit' and makan 'kfc'. Dah seminggu aku tahan nak makan kfc. Tapi tak sangka lain pulak jadinya. Habis ja class aku terus balik then call A. Ajak dia keluar lepas balik semayang jumaat. Aku cakap aku nak tidur sampai time nak keluar baru aku nak call dia balik.

Pukul 3.50pm, sue dah kalut datang bilik aku nak keluar dengan faris. Aku terkejut la asal cepat sangat minah ni nak keluar, rupa-rupanya nak hujan. Okay diorang nak pegi carefour dulu. Aku pun bangun dan terus call A. Call banyak kali tak angkat. Sumpah aku tau dia tidur ! Aku tak give up pun, call apiz amek number aidil. Call aidil mintak number yen. Tapi aidil tak dak number yen. Okay fine. 

Aku call A sekali lagi baru dia angkat. Dengan bestnya dia cakap dia baru bangun tidur. Waaa, bestnya kan ? Aku bengang. Sebab time tuh dah nak hujan. Aku cakap dulu aku turun dekat guard, sebab sue and faris dah tunggu kat luar. Bapak lamanya A punya on the way. Hujan rintik-rintik yang lebat makin turun. Aku suruh sue dengan faris pegi dulu jusco tu and aku still tunggu A.

15 minit, aku nampak shawal datang. Dia duduk dekat aku. He ask me why. Time tu, sumpah nak nangis. Tapi aku tahan. Simpan air mata yang tadi dah keluar banyak. Tapi aku tau, mata aku yang bengkak ni tak dapat nak tipu shawal yang aku nangis. Hujan mula lebat, aku tau, aku takkan keluar dengan A dah. Sebab hujan makin lebat dengan kilat lagi.

Aku tunggu A dekat sejam jugak la dekat guard tue. Then A text cakap helmet dia tak da. Aku terus giveup. Then terus patah balik hostel. Dengan perasaan yang kecewa, aku text A suruh bagi helmet dekat aku sebab aku nak balik rumah malam ni. Baju aku habis basah, tak sempat nak pi mana pun lagi, tak pa lah, nasib badan agaknya. Aku amek helmet dekat A macam tu ja tak tengok langsung muka dia. Sebab terlalu sakit hati.

Aku naik bilik, ketuk pintu then roomate kesayangan aku keluar. Aku letak beg dengan helmet atas katil then terus peluk fizah. Aku nangis sangat-sangat. Sebab tak dapat keluar dengan A. I really miss him. Tapi kami tak dapat keluar. Aku bengang dengan dia. Aku nangis sepuas hati  sampai aku rasa lega. Sakit kepala mula terjah ! Ouchh ! Sakitnya nak tanggung semua ni -.-"

Lepas maghrib, aku dah nak balik, aku jumpa A dulu dekat DM sebab nak bagi helmet aku dekat dia. Helmet dia kan kawan dia pinjam. Aku jumpa dia dengan harapan aku tak lagi bengang dekat dia. Ya aku berjaya buang perasaan tue. Aku suka sebab aku dah tak sakit hati when meet dia kat DM tue. Sempat jugak aku ceramah kat dia tadi.

Aku saja amek handphone dia, acturlly nak amek number abah dia. Lepas dah amek number abah dia, aku bukak inbox dia. Ramainya dia text ! Aku baca satu-satu. Classmate dia ka, kawan dia ka, scandel dia ka semua aku baca. Tapi aku sakit sangat bila dapat baca 1 text ni. Sebab dia dah over sangat ! Kalau aku buat macam dia buat pun, sure dia bapak sakit hati ! Fine A aku simpan semuanya dalam hati aku ni. Sampai luka berkarat -.-"

Text dengan junior kami time teknik dulu, woww ! 'Mich'? Romantik haissh ayat depa. Even as a friend. Its okay, aku boleh tahan lagi. Aku bukan kuno sangat nak control bf aku. Kalau hang dah tau hang text tu dengan boyfriend orang, tak payah la nak over limit sangat. Lelaki semua sama ! Tak pernah cukup ada girlfriend sorang. Aku benci ! Then terbaca satu statement ni. 'you pandai amek hati I, tapi Q !' Wowww ! Its hurt. Tahu tak, kalau orang melaka, dah habis kena maki sial celaka punya text. Tapi aku cool. Aku boleh senyum lagi. Tak caya tanya A.

Aku letak handphone dia tu, dengan text yang aku baca aku tak exit. Saja aku nak dia tau apa yang aku dah baca. Aku tarik handphone aku yang ada kat dia. Oh my god ! Aku terlalu sakit bila dapat tau semua tu. Tuhan, kuatkanlah hati aku. Aku sayang dia, tapi kenapa ni yang aku dapat ? Aku dah banyak kali sakit macam ni. Bila dah together pun still macam ni ka ?

Aku just nak bagitau A, since aku couple dengan dia balik. Aku tak penah nak text dengan lelaki lain seover tu. Aku sayang dia. Aku setia dengan dia. Tapi kenapa A buat aku macam ni ? -.-" Aku terlalu kecewa dengan sikap dia. Eventho ada lelaki lain yang lebih hebat dari dia pun, aku tak layan. Sebab aku dah ada dia. Tapi dia ? Kenapa tak appreciate langsung ? Aku benci bila orang cita masalah relationship aku dekat orang. Tolonglah, boleh bawak bincang kan ?


After this, aku dah tak boleh buat apa. Relationship status aku pun tak tahu apa sebenarnya. Yelah, buat apa kalau orang tanya 'eh nia, A tu bf you ke?' Kalau aku cakap 'ya'. Tapi if dia tak mengaku tak ke orang cakap minah syok sendiri ? Aku tak tau why dia tak nak bagitau kawan-kawan dia pasal aku. Yelah, dapat awek tak hot doe ! Taste lelaki mau tinggi beb. Its okay, aku memag tak perfect pun. If nak yang perfect. Tinggalkan aku, then just go on with your new life. Aku tetap aku, Tak pernah berubah.

Aleme rawk, saya sayang awak sungguh-sungguh, tapi kenapa ni yang awak balas dekat saya? Saya cinta awak ikhlas hati, tapi kenapa awak tak hargai cinta saya tu. Saya perlukan awak setiap masa saya, tapi kenapa awak perlukan orang lain? Saya tak pernah nak layan orang lain selain awak, tapi kenapa awak layan girlss lain ? :'(

Yang aku percaya semua buat aku dah tak percaya hampa. Yang aku rapat, buat aku dah tak nak rapat dengan hampa. Buat apa cari yang lain sedangkan depan mata ada. Itu la orang cakap cinta itu buta. Depan mata ada, nak cari yang jauh. Mulai sekarang, aku hargai orang yang menyayangi aku, bukan aku yang terlalu menyayangi. Sebab orang yang kita sayangi tu, belum tentu menyayangi kita :'|

trully ; Nia Rockstar