Qurnia here. I am 20 years old. Bakal jurutera tapi belajar tak habis lagi. Ikhlas mencintai kekasih hati saya :

ALEME ALEM HAMZAH




Baby girl fall in love ;)

- Sekiranya seorang girl mula menjauhkan diri daripada anda selepas ditolak cintanya, biarkannya untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  - Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan perasaan.(tulisan cara nia okay ;)) 
- Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si girl akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kegembiraan dan tidak sampai 10 minit, semua rakannya akan tahu berita berkenaan.(macam 1st love nia dengan rawk dulu,hehe) 
  - Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. 
- Jika anda menyukai seorang girl, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali diri anda dengan lebih mendalam. 
- Jika seorang girl memberi seribu satu alasan setiap kali diajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat. Tetapi jika pada masa sama, dia menghubungi anda atau menunggu panggilan daripada anda, teruskan usaha memikatnya. 
 - Selepas seorang girl jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, mengapa tidak bertemu dengan lelaki itu lebih awal.
- Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari girl ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya kemudian barulah dirinya sendiri.(nia org 1st yang buat mcm ni , hahaha) 
- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya. - Satu ucapan ‘hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
  - Girl paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak menawan kawan mereka yang paling cantik.(statement ni nia setuju 100%) 
  - Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. - Semua girl mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati. 
  - Senjata girl adalah air mata ! 
- Girl suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan. Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati. 
- Girl mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.