Qurnia here. I am 20 years old. Bakal jurutera tapi belajar tak habis lagi. Ikhlas mencintai kekasih hati saya :

ALEME ALEM HAMZAH




For you !




ANDAI LELAKI TAHU SEMUANYA :

 hey guy, please understand what I think . all the best for you. because if I love you . My  heart will never change . I hope you understand :)

Apabila aku jatuh cinta ,kamu tidak semestinya punya segalanya tetapi kamu adalah segalanya di hatiku.

Apabila aku mengalirkan air mata, itu bukan bermakna aku lemah, tetapi aku sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai kamu yang bernama lelaki :')

Apabila aku marah, memang aku tidak mampu mengawal perasaanku tapi percayalah, itulah maknanya aku sangat mengambil berat dan menyayangi kamu. 

Apabila aku bercakap banyak, aku tidak pernah bermaksud untuk membuat kamu rimas, tapi aku mahu kamu mengenaliku dengan lebih dekat.

Apabila aku berkata aku mahu kau berubah, itu bukan bermakna aku tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi aku mahu menjadikan kamu lebih baik, bukan untuk diriku, tetapi untuk masa depan kita .

Apabila aku cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna aku tidak sayang..tetapi aku terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 

Apabila aku merajuk, jangan kata aku mengada-ngada. aku bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat aku rasa dihargai.

Apabila aku jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud aku tidak menyintai tetapi aku mahu kamu merasai sendiri cintaku , bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhku.

Apabila aku kata aku rindu sama kamu, aku benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Apabila aku kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-kataku kerana aku hanya mahu menguji kamu. aku mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di mataku. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatiku. 

Apabila aku menjadi degil, aku bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi aku mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahku.Hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Apabila aku berkata, “tolong tinggalkan saya!”, aku tidak bermaksud menyuruh kamu pergi selamanya. aku hanya mahu menenangkan fikiranku sebentar saja. Apabila aku kembali tenang, percayalah aku akan mencari kamu semula. Itu tandanya aku benar-benar menyintai kamu .